- PANDUAN MENJAWAB SOALAN
 
Soalan 2 (a).
- Soalan ini wajib dijawab.
 - Berdasarkan petikan untuk soalan Rumusan.
 - 3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
- 2 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan.
 - 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
 
 - Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
- Apa...
 - Siapa...
 - Di mana...
 - Mengapa/Kenapa...
 - Bagaimana...
 
ataupun menggunakan arahan berikut:- Jelaskan...
 - Terangkan...
 - Huraikan secara ringkas...
 - Gambarkan ...
 
dan sebagainya. - Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:
- Pada pendapat anda,...
 - Sekiranya anda....
 - Jika anda....
 
dan sebagainya. 
- Baca petikan dari awal hingga akhir walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah membacanya.
 - Fahami apa yang terkandung dalam petikan.
 - Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
 - Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK.
 - Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
 - Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
 - Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
 - Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
 - Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
 - Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
 - Contoh soalan dan jawapan:Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung keganasan oleh golongan pelampau?(3 markah)Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas golongan pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang diragui serta memberi penerangan menerusi media massa.
 
- Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.
 
No comments:
Post a Comment