- Wawancara/dialog/temuramah
- Berita
- Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
- Surat kiriman biasa/rasmi
- Laporan aktiviti/minit mesyuarat
- Perbahasan
- Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
- Deskriptif/cereka
- Peribahasa/cogan kata
JENIS KARANGAN BERFORMAT
- PEMILIHAN TAJUK
- Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan.
- Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis.
- Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
- Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
- Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.
- Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
- Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.
- Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
- Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
- Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.
- Oleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:
- Memuaskan dan lancar;
- Tiada kesalahan tatabahasa;
- Mengandungi pelbagai jenis ayat;
- Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan
- Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.
- Sumbang saran kendiri yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.
- Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda!
- Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
- Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.
- Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.
- Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.
- Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
- Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
- Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
- Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
- Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
- Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
- Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
- Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
- Pastikan setiap isi ditulis dalam satu perenggan.
- Gunakan penanda wacana yang bersesuaian pada permulaan perenggan supaya kelihatan berkaitan dengan perenggan sebelumnya.
- Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.
- AMAT PENTING! Semak karangan anda sebelum tulis kesimpulan supaya tiada isi penting yang tertinggal.
- Setelah pasti, barulah tulis perenggan pendahuluan.
- Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
- Pastikan ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
- Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan.
- Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.
- Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan.
No comments:
Post a Comment