I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 4, 2011

PANDUAN PENULISAN KARANGAN (Bahagian 2)



Format
Pendahuluan

Memperlihatkan kematangan
Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)
Isi
Isi yang baik dan tidak berputar-belit
Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.
Huraian berserta contoh yang konkrit
Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)
Gunakan bahasa mantap
Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud
Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.
Penutup.
Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Isu-isu menarik 
( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)
Contoh soalan karangan.
Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan
Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan
Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan
langkah-langkah mengatasinya
                  Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya.
[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]
[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]
                  Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajahH1(mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.
(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)
                 PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negarakita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjuruskearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1]Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?
( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)
PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian
H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja[K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .
( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
Walau bagaimanapun / namun begitu……
Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moralpatut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )
PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan mindagolongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.
(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)
Konklusinya / oleh itu,…….
[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
(4 ayat, lebih kurang 72 p.p)

No comments:

Post a Comment