Pemarkahan
- Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
- 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
- Pengenalan – 2 markah
- Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
- Kesimpulan – 2 markah
- Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
Perenggan
- Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah:
- Perenggan 1 – Pengenalan
- Perenggan 2- Isi-isi tersurat
- Perenggan 3 – Isi-isi tersirat
- Perenggan 4 – Kesimpulan
Bilangan Perkataan
- Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.
Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Panduan Menulis Rumusan
Pendahuluan
- Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.
- Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatakan isi tersurat.2) Tema Petikan3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.
- Contoh Ayat :Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).2) Tema Petikan – Banjir Kilat3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.
- Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.
Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.
- Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pengenalan.
- Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markah sahaja.1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.)Isi -isi Tesurat
- Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam soalan.
- Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.
- Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.
- Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.
- Contoh-contoh isi tersurat:1- Hujan lebat hampir dua jam2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.3- Tiada sistem amaran awal.Jawapan lengkap;Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
Isi-isi Tersirat
- Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.
- Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau kata kunci kedua dalam soalan rumusan.
Kesimpulan
- Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :
Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)
- Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment