Section/Bahagian A (Karangan Laras Sastera) and 
Section/Bahagian B (Karangan Laras Sains)
Pelajar dikemukakan 4 soalan dalam kertas 900/2:
- 2 soalan Bahagian A (Laras Sastera)
 - 2 soalan Bahagian B (Laras Sains)
 
Pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan (1 soalan daripada laras sastera dan 1 soalan daripada laras sains)
Contoh topik-topik yang boleh dikemukakan:
| Laras Sastera | Laras Sains | 
| Pendidikan | Tenaga | 
| Bahasa dan budaya | Geologi | 
| Ekonomi | Bioteknologi | 
| Kemanusiaan | Alam sekitar | 
| Kemasyarakatan | Biojisim | 
| Sukan | Matematik | 
| Sosiologi | Astronomi | 
| Seni dan sastera | Perubatan | 
| Geografi | Kejuruteraan | 
| Sejarah | Kesihatan | 
| Urbanisasi | Kimia | 
| Antropologi | Fizik | 
| Moral | Computer | 
| Komunikasi | Pertanian | 
| Undang-undang / perundangan | Kajian dan penyelidikan | 
| Psikologi | Ternakan | 
TEKNIK PEMARKAHAN
- Pengenalan – Tiada markah khusus
 - Idea – Satu idea = 1 markah, idea tepat/hampir tepat dikira 1 markah, markah maksimum idea hanya 4, idea mesti ikut laras: karangnaa laras sastera – idea sastera & karangan laras sains- idea sains
 - Huraian dan Penjelasan – Markah maksimum huraian bagi setiap idea ialah 3, markah pecahan huraian bagi setiap idea = 0, 1, 1 ½ , 2, 2 ½ dan 3.
 - Bahasa = markah maksimum bahasa ialah 4. Karangan menyeleweng penuh – tiada markah bahasa, markah minimum bahasa 1 dengan yarat meendapat sekurang-kurang 1 idea, kesalahan bahassa berdasarkan : tatbahasa salah 8 – tolak 1 markah & struktur ayat salah 4 – tolak 1 markah
 - Impak – markah makssimum 4, markah impak bergantung idea, huraian dan bahasa
 - Penutup – tiada markah khusus
 
Karangan (menjawab Bahagian A dan B) mesti mengandungi
- pengenalan
 - huraian dan penjelasan
 - penutup
 
Cara Penulisan Karangan
- Pengenalan yang disediakan mestilah ringkas & berpandu soalan.
 - Idea / Isi mesti berpandukan soalan, berpandu laras & relevan.
 - Huraian dan Penjelasan berpandu idea & berpandu laras.
 - Kepanjangan karangan mesti mengandungi 250 – 300 patah perkataaan.
 - Satu idea seharusnya disokong sekurang-kurangnya 2 hujahan.
 - Huraian mesti relevan.
 - Penutup haruslah ringkas dan rujuk pandangan umum atau rumusan idea.
 
Terbahagi kepada 3 laras persoalan
- karangan SATU laras persoalan – soalan hanya mengandungi satu bahagian & jawapan hanya mengandungi satu bahagian.
 
Contoh: Tenaga kerja asing memainkan peranan penting kepada pembangunan negara. Bincangkan.
- karangan DUA laras persoalan – soalan mengandungi dua bahagian & jawapan mengandungi dua bahagian
 
Contoh: Penyakit berjangkit berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan. Pelbagaiusaha boleh dilakukan untuk pencegahan. Bincangkan.
- karangan TIGA laras persoalan – soalan mengandungi tiga bahagian & jawapan mengandungi tiga bahagian
 
Contoh: Penyakit kanser banyak dikaitkan dengan amalan makanan dan keturunan. Walau bagaimana pun masih terdapat faktor lain yang menyebabkan penularannya. Jelaskan.
 Answering Techniques Bahagian E
Menukar bentuk teks bukan linear kepada linear. Terdapat 3 perkara utama yang pelajar perlu mengambil tahu.
1. Pola antara tahun (bandingkan dgn tahun-tahun lain) terdiri daripada:
- Jumlah keseluruhan
 - Pola yang meningkat berterusan
 - Pola yang menurun berterusan
 - Pola tidak konsisten
 
2. Pola dalam tahun (dalam tahun itu sahaja) terdiri daripada:
- Pola yang paling tertinggi/paling banyak
 - Pola yang paling terendah/ paling kecil
 
3. Alasan ada 2 jenis iaitu:
a. Alasan berkaitan pola.
Dalam soalan dinyatakan “Mengapa keadaan sedemikian berlaku?”
Penjelasan: Jadi perlu letak alasan pada setiap perenggan.
b. Alasan tidak berkaitan pola.
Soalan baru diberikan contohnya: “Berdasarkan graf bar di bawah, nyatakan pola bilangan kes jenayah di Malaysia  antara tahun 2002 hingga 2004. Jelaskan langkah-langkah yang diperlukan utk mengatasinya.” (soalan baru yang diberikan).
Penjelasan: Maka pelajar perlu beri beberapa alasan tentang langkah-langkah tersebut di perenggan terakhir sekali sebelum kesimpulan, tidak perlu tulis alasan pada tiap-tiap perenggan.
Kata kunci dalam soalan:
1. Jika dalam soalan ada perkataan: pola, analisa, aliran & perubahan
- maka skema jawapan: 3 pola antara tahun & 1 pola dalam tahun
 
2. Jika dalam soalan ada perkataan: hubungkait, ulasan & tafsirkan
- maka skema jawapan: 4 Pola antara tahun sahaja.
 
* Untuk mendapat markah lebih, pelajar hendaklah mengira nilai tersirat ( mengira peratus perubahan)

No comments:
Post a Comment