I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 13, 2017

Tajuk Penting Sains UPSR 2017

Tenaga-jenis tenaga diperbaharui / tidak diperbaharui, kepentingan tenaga alternatif
pengawetan makanan-jenis, kepentingan dan kesan pengawetan
mikroorganisma-jenis, kesan, cara mencegah mikroorganisma
fasa-fasa bulan-cara melukis
kemandirian spesis-cara melindungi, ciri khas
proses hidup manusia-pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan
magnet-jenis, kegunaan
sifat bahan-ciri konduktor dan penebat
haba (pengembangan dan pengecutan)-prinsip & aplikasi
daya-kesan
kestabilan dan kekuatan-faktor
elektrik-jenis litar & perbandingan litar selari dan bersiri
penyerapan-bahan asas dan fungsi  kain sintetik
fotosintesis-kepentingan
bahan buangan-kitar semula
interaksi antara spesies-komensalisme/mutualisme/parasitisme
kegigian-fungsi gigi taring, punca gigi rosak
proses hidup tumbuhan-cara pembiakan, ciri tumbuhan

TIPS SAINS UPSR 2017 (Kertas 2)

  1. Proses Hidup Manusia 

  2. Sifat Bahan 

  3. Pengukuran 

  4. Proses Hidup Tumbuhan 

  5. Tenaga 

  6. Pengawetan Makanan 

  7. Daya 

  8. Mikroorganisma 

Monday, September 11, 2017

Ramalan B.I UPSR 2017 Essay

Processing... 
Life cycle of...


                              by sir henry
Example :
How to make coconut candy...
Life cycle of housefly / mosquito

Ramalan English UPSR 2017















Sunday, September 10, 2017

Tips BM UPSR & Ulasan & Karangan

2017 UPSR BAHASA MELAYU (SJK)

BAHAGIAN A: Ciri-ciri murid cemerlang

BAHAGIAN B: Faedah melancong / berjimat-cermat
BAHAGIAN C:
  1. Kepentingan bersukan / bergotong-royong
  2. Laporan …………..

2017 UPSR BAHASA MELAYU (SK)

BAHAGIAN A: Cara-cara menghormati Guru / Ibu Bapa

BAHAGIAN B: Carta / Jadual
BAHAGIAN C:
  1. Laporan / Berita …………….
  2. Pengalaman menyertai …………
Ulasan 1
Sentiasa membudayakan amalan kebersihan diri
Kita mestilah menjaga kebersihan diri agar hidup dengan sihat tanpa penyakit. Beberapa tindakan perlulah dilakukan. Kita hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan. Buang sampah di dalam tong sampah terutama di tempat awam. Sekiranya kita mengalami selesema dan batuk, tutup hidung dan mulut. Ini dapat mengelak daripada menjangkiti orang lain. Kita juga disarankan tidak meludah di merata-rata. Perbuatan ini bukan sahaja mengotorkan kawasan sekitar tetapi akan menyebabkan kuman merebak. Di samping itu, jangan batuk dan bersin di hadapan makanan. Ini akan menyebabkan makanan tercemar. Oleh itu, kita harus membudayakan amalan kebersihan diri supaya dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Ulasan 2
Faedah membaca
Antara faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang. Masa tidak dibazirkan begitu sahaja dan akan menghilangkan rasa bosan. Dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, murid-murid yang banyak mebaca boleh menambah dan memperluas kosa kata. Seterusnya dapat menulis karangan yang baik. Di samping itu, kita dapat mengetahui isu-isu semasa dalam dan luar negara dengan membaca surat khabar, majalah atau buku. Kesimpulannya, membaca banyak memberi faedah kepada kita semua. Marilah kita membudayakan amalan membaca supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita.

Ulasan 3
Kesan pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan banyak penyakit kepada manusia. Antaranya penyakit asma, denggi dan sebagainya. Selain itu, pencemaran alam sekitar juga menyebabkan bencana alam. Bencana alam seperti banjir kilat berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang. Pencemaran alam sekitar turut menjejaskan sektor pertanian negara. Hasil pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama supaya alam sekitar di negara terjamin dengan kebersihan semula jadi.

Ulasan 4
Faedah belajar secara berkumpulan
Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokan. Seseorang murid dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan. Selain itu juga, para murid dapat berkongsi ilmu sesama mereka. Mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang pelajaran. Belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri murid di samping dapat menerapkan nilai toleransi. Para murid dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan. Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi murid yang ingin mencapai kecemerlangan.



KARANGAN 1 Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil.
Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ini dalam kalangan murid. 

Faedah-faedah Menabung Pengenalan Menabung merupakan amalan mulia dan perlu diamalkan sejak kecil.Pelbagai faedah dapat dinikmati oleh golongan yang suka menabung.Masa depan terjamin dan tidak menghadapi kesusahan.Justeru, perlu disahut oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita. Isi-isi Utama Amalan menabung mengurangkan sikap boros kepada pelajar.Kita akan berbelanja dengan berhemah kerana lebihan wang akan ditabung.Kita juga akan membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazirkan. wang.Kita akan bijak berbelanja dan kadar inflasi negara dapat dikurangkan . Wang yang ditabung akan dapat mengurangkan beban ibu bapa.Kita dapat membantu untuk membayar yuran dan pelbagai keperluan sekolah .Kita juga mampu membeli barangan atau buku yang dikehendaki oleg guru dengan segera. Ibu bapa akan berasa bangga dan bersyukur mempunyai anak yang sebijak ini. Amalan menabung juga sebagai persediaan untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Kita mampu untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS.Hal ini demikian kerana kita mampu membayar segala yuran pengajian sepanjang tempoh tersebut.Kita juga tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa. Tabungan boleh dijadikan sumber untuk menambahkan wang yang ada.Kita mampu memasukkan wang itu ke dalam saham-saham amanah yang disediakan.Kita pasti mendapat pulangan yang lumayan pada setiap tahun.Impaknya wang tabungan kita akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Pelajar dapat menggunakan wang tabungan tersebut pada waktu-waktu kecemasan.Contohnya peristiwa yang tidak diduga seperti kemalangan atau penyakit yang berbahaya.Kita juga akan mendapatkan rawatan yang sempurna di hospital kerajaan atau swasta.Justeru,kehidupan para pelajar tidak terjejas. Penutup Amalan menabung merupakan amalan yang mulia.Amalan ini perlu disemai dalam kalangan pelajar sejak kecil.Contohnya melalui kempen-kempen dalam media massa atau cetak . Bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. 

KARANGAN 2 Cuti persekolahan akan bermula pada minggu hadapan. 
Pelbagai aktiviti yang menarik yang kamu boleh lakukan pada cuti persekolahan itu. Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan kamu rancangkan itu. 

Aktiviti Pada Cuti Persekolahan Pengenalan Tidak lama lagi cuti persekolahan akan menjelang tiba. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati cuti ini memandangkan peperiksaan UPSR baru sahaja berakhir. Justeru,saya dapat melepaskan tekanan dan merehatkan fikiran setelah begitu lama bergelumang dengan buku-buku pelajaran. Idea-idea Utama Saya bercadang untuk menghabiskan cuti ini di kampung halaman saya yang terletak di negeri Perlis. Saya akan mengunjungi datuk dan nenek saya di sana. Saya amat merindui mereka yang mana amat menyayangi saya dengan sepenuhnya. Saya akan membantu datuk dan nenek saya di dusun mereka. Kebetulan sekarang musim buah-buahan. Saya bercadang untuk menjual buah durian,manggis ,langsat dan rambutan seperti mana yang pernah saya lakukan semasa membantu datuk pada cuti-cuti yang sudah. Pada masa yang sama,saya akan memancing di sebatang sungai berhampiran rumah datuk dan nenek saya. Pelbagai jenis ikan seperti baung,keli,sebarau dan lampam terdapat di dalam sungai tersebut. Masih terbayang betapa seronoknya apabila mata kail direntap oleh ikan-ikan tersebut. Saya juga berhasrat untuk pergi ke Pulau Langkawi. Dari rumah datuk dan nenek saya ,perjalanan hanya mengambil masa dua jam sahaja. Saya bercadang untuk mengunjungi makan Mahsuri,menaiki kereta kabel dan membeli belah di Pekan Kuah. Penutup Saya sememangnya tidak sabar-sabar untuk ke sana. Ayah akan membawa kami sekeluarga dengan menaiki kenderaan serbaguna iaitu Toyota Vellfire yang baru dibeli oleh ayah. Pastinya perjalanan ke rumah datuk dan nenek akan mencipta memori yang indah buat kami sekeluarga. 

KARANGAN 3 Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Cuti-cuti Malaysia. Lirik lagu tersebut menggambarkan kebaikan melancong di dalam negara. Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis kebaikan melancong di dalam negara. Tulis karangan kamu itu selengkapnya. Kita sering mendengar lagu Cuti-cuti Malaysia yang disiarkan melalui radio dan televisyen. Senario ini sebenarnya antara promosi untuk menarik para pelancong ke Malaysia. Para pelancong yang datang ke negara kita memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Antara kebaikan melancong di dalam negara dapat mengurangkan pengaliran mata wang ke luar. Justeru, kerajaan mestilah menggalakkan orang ramai melancong di dalam negeri kerana dapat menguntungkan negara. Pada masa yang sama destinasi pelancongan yang ada di negara kita setaraf dengan destinasi pelancongan di dalam negara. Pada masa yang sama, destinasi pelancongan negara dapat berkembang dengan pesat. Banyak pusat pelancongan boleh dibuka. Pertumbuhan hotel, chalet dan inap desa turut berkembang. Impaknya dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di negara kita. Selain itu, kita dapat mengetahui kebudayaan majmuk yang ada di negara sendiri. Misalnya apabila kita melawat ke Kampung Budaya Sarawak, kita dapat mengetahui suku kaum yang terdapat di negara sendiri. Akhir sekali, kita dapat merapatkan hubungan antara keluarga. Melancong menjadikan hubungan menjadi rapat kerana ibu bapa dapat meluangkan masa bersamasama anak mereka. Hal ini demikian kerana mereka amat sibuk dengan pekerjaan masingmasing. Tuntasnya, melancong di dalam negara amat menguntungkan banyak pihak. Negara memperoleh pulangan yang lumayan manakala masyarakat tutur menerima tempais yang sama. Oleh itu Cuti-cuti Malaysia wajar disambut tidak kira lapisan bangsa dan agama yang pelbagai.

Sambungan Ramalan Karangan UPSR 2017

Ramalan 9
Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan "Kempen Bahasa Malaysia". Ceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan di sekolah kamu. Pendahuluan
- mengadakan Kempen Bahasa Malaysia
Isi-isi Penting
- merasmikan Kempen Bahasa Malaysia
- mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan
- pelbagai aktiviti diadakan
- persembahan tarian Melayu
Penutup
- penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutup oleh guru besar
Jawapan Lengkap
Sekolah saya telah mengadakan Kempen Bahasa Malaysia anjuran Persatuan Bahasa Malaysia. Kempen Bahasa Malaysia itu diadakan selama seminggu.
Guru besar telah merasmikan Kempen Bahasa Malaysia pada waktu perhimpunan yang diadakan di sekolah kami. Beliau berharap murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan Bahasa Malaysia dengan mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata clan pertandingan syarahan.
Selain itu, persembahan tarian Melayu seperti tarian zapin dan tarian lilin turut diadakan bagi memeriahkan Kempen Bahasa Malaysia itu. Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul clan sopan apabila bertemu di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.
Para pemenang setiap pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh GuruPenolong Kanan 1 dalam majlis perasmian penutup Kempen Bahasa Malaysia itu. Beliau berharap generasi muda terus mencintai bahasa Malaysia walaupun kempen itu telah berakhir.

Ramalan 10
Aktiviti di sekolah ( Bengkel Kecemerlangan Akademik )
Latihan : Satu program kecemerlangan akademik telah diadakan oleh pihak sekolah kamu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) di sekolah. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program kecemerlangan akademik tersebut. Rangka karangan : Pendahuluan : tempat peristiwa dan tarikh - Program Kecemerlangan Akademik Idea 1 : lokasi program kecemerlangan diadakan - jangka masa program - perasmi program Idea 2 : objektif program kecemerlangan - teknik menjawab soalan - berdisiplin dan yakin diri Idea 3 : pelbagai bentuk aktiviti - ceramah, bengkel, renungan - dikendalikan oleh Guru Pakar Idea 4 : menurut seorang peserta - memperoleh banyak ilmu - yakin untuk menghadapi UPSR Penutup : upacara penutup program - Yang Dipertua PIBG - cemerlang, disiplin, pekerti mulia Karangan Lengkap : ALOR SETAR, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Taman Mergong Jaya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah terbabit mengadakan Program Kecemerlangan Akademik yang bermula pada 20 April 2012 dan berakhir pada 21 April 2012. Program ini dihadiri oleh 85 orang murid. Program tersebut mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada ibu bapa dan penjaga murid. Program Kecemerlangan Akademik yang berlangsung di bangunan Menara Jaya di sini telah dirasmikan olej Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Tuan Haji Asmee bin Haji Tajuddin. Menurut Tuan Haji Asmee, objektif program ini untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik belajar yang berkesan. Para peserta juga dibimbing tentang cara menjawab soalan UPSR yang betul dan pengurusan masa yang baik. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan yakin diri dalam kalangan murid. Program Kecemerlangan ini diisi dan disuntik dengan pelbagai bentuk serta teknik penyampaian ilmu yang berkesan. Antaranya termasuklah ceramah, bengkel, kembara akademik, dan sesi renungan. Seramai enam orang guru yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing telah mengendalikan program kecemerlangan akademik ini. Menurut seorang peserta program, Dhia Irdina binti Ahmad Rafaei, dia berasa sungguh gembira kerana berpeluang untuk mengikuti program tersebut. Menurutnya lagi, setelah mengikuti program tersebut, dia memperoleh banyak tip pembelajaran. Di samping itu, dia juga lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Upacara perasmian penutup Program Kecemerlangan Akademik ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Mergong Jaya, Tuan Haji Arif bin Ahmad Saufi. Beliau mengharapkan program ini dapat melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, dan bepekerti mulia.

Ramalan 11
Aktiviti di sekolah - majlis perpisahan Tahun Enam.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Hadirin sekalian, Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara. Hadirin sekalian . Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya; Ramai orang menanam padi, Padi ditanam hingga ke seberang, Banyak budi perkara budi, Budimu guru dikenang orang. Sekian, terima kasih.

Ramalan 12
Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas
Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.
Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dikasihi guru-guru, yang disayangi Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila mendengar berita perpindahan guru kelas kami.
Hadirin sekelian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.
Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.
Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.
Hadirin yang dihormati,
Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK Kerteh. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2014, kita telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.
Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:
Hari ini hari Ahad
Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa
Sekian, terima kasih.

Ramalan 13
Pengalaman mengunjungi ke satu tempat yang menarik

Ramalan 14
Membaca Jambatan Ilmu
Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.
Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, “ membaca jambatan ilmu”.

Ramalan 15
Kepentingan kokurikulum Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari. Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup. Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran. Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri. Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.
Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.

Ramalan 16
Kelebihan sukan / riadah
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Ramalan 17
Amalan budi bahasa

Ramalan 18
Amalan jimat cermat
Boros bermakna suka mengeluarkan sesuatu seperti wang secara berlebih-lebihan manakala jimat cermat pula bermaksud sangat berhati-hati dalam membelanjakan wang. Perkara ini berkaitan dengan pepatah Melayu yang menyatakan ”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Hal ini membuktikan bahawa sikap berjimat cermat merupakan amalan yang mulia dan memberi banyak manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
Faedah berjimat cermat yang pertama ialah dapat menjamin masa depan yang lebih baik. Seseorang yang ada wang simpanan tidak perlu lagi membanting tulang apabila sudah bergelar warga emas. Mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan tanpa meminta bantuan daripada sesiapa walaupun kepada anak-anak sendiri kerana anak-anak mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Melalui perkara ini, jelaslah bahawa orang yang berjimat cermat lebih selesa hidupnya berbanding dengan orang yang boros.
Selain itu, antara faedah amalan berjimat cermat termasuklah membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana yuran pengajian semakin mahal. Oleh yang demikian, ibu bapa yang bijak merancang akan mula membuat simpanan untuk anak-anak sejak awal-awal lagi bak kata peribahasa "sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Berdasarkan perkara yang dibincangkan ini, jelaslah bahawa sikap berjimat cermat akan dapat membantu kita melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Di samping itu, manfaat amalan berjimat cermat yang ketiga ialah membantu kita pada masa kecemasan. Jika kita tiba-tiba diserang penyakit kronik seperti strok, sakit jantung dan sebagainya, kita memerlukan rawatan segera. Kos pembiayaan rawatan untuk penyakit-penyakit seperti ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Kita banyak melihat pesakit yang menunggu sekian lama untuk menerima rawatan hanya kerana tidak cukup wang. Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai simpanan tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk menbiayai kos rawatan.
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dibuktikan bahawa sikap jimat cermat banyak memberikan faedah. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah sediakan payung sebelum hujan agar perkara kecemasa yang tidak diduga dapat dihadapi dengan tabah. Oleh itu, marilah kita mengamalkan amalan mulia ini kerana amalan ini memberi banyak manfaat.

Ramalan 19
Kepentingan Air Air merupakan keperluan utama hidupan di muka bumi ini. Manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Air ialah sumber minuman kerana tanpa air hidupan akan mati. Sumber minuman ini boleh didapati daripada aliran anak sungai dan diproses sebelum boleh digunakan. Tumbuhan pula bergantung kepada air hujan supaya dapat hidup dengan subur dan menjalankan proses fotosintesis. Selain itu, manusia juga menggunakan air untuk menjalani kehidupan seharian. Contohnya untuk memasak, mandi, mencuci dan sebagainya. Tanpa air, kehidupan manusia akan terjejas dan akan berlakulah kekalutan untuk mendapatkan air. Air juga adalah sumber penting kepada para petani untuk tamanan mereka. Tanpa air, tamanan akan kering dan layu serta terjejaslah sumber pendapatan para petani. Manusia juga akan mendapat kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang berasaskan sayur-sayuran dan bijirin. Di samping itu, kilang-kilang juga sangat memerlukan air dalam penghasilan produk mereka. Contohnya kilang yang membuat ais, minuman dan makanan. Tanpa air, operasi kilang akan terhenti dan pastinya menyebabkan kerugian yang besar kepada pekilang. Kesimpulannya, air adalah sumber semula jadi yang sangat penting dan berkaitan dengan kehidupan manusia. Namun, sebagai pengguna kita hendaklah berjimat semasa menggunakan air supaya tidak berlaku pembaziran.

Ramalan 20
Kepentingan ICT
Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan seharian. Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di hujung jari terutama dalam kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan meluaskan minda mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan sebagainya. Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan. Pengenalan mengenai laman sosial seperi "Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya telah menghubungkan manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di luar negara sama ada atas urusan perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan menggunakan teknologi laman sosial. Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli pernigaan menjalankan aktiviti pernigaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna. Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan melalui laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan bersusah-payah untuk menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan kewangan. Ia juga memudahkan seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian membuat pembayaran dengan mudah. Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital kepada setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi maklumat itu sendiri.

Ramalan 21
Kebaikan belajar secara berkumpulan Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan. Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita. Belajar secara berkumpula juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat. Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Oleh itu, murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

Ramalan 22
Kebaikan amalan bantu-membantu  sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah - berganding bahu ibarat aur dengan tebing  menjimatkan masa dan tenaga - kerja yang dilakukan cepat siap  menjimatkan belanja - jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong (tolong-menolong), tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos penyediaan makanan, kos pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman dapat dijimatkan jika penduduk saling menolong membinanya.  memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan - belajar bekerjasama, bertoleransi dan bergaul mesra dengan anggota masyarakat  mengikis sifat mementingkan diri  mengeratkan silaturahim/hubungan sesama anggota masyarakat  mewujudkan perpaduan kaum - masyarakat hidup harmoni - saling membantu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama  meringankan beban orang lain - golongan yang senang akan membantu golongan yang susah - kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.

Ramalan 23
Cara-cara menjaga kesihatan diri
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Oleh itu, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan langkah yang efektif.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala.Oleh itu,rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.
Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ramalan 24
Cara-cara menjaga keselamatan diri
Pendahuluan
– Nyawa amat berharga-tidak dapat ditukar dengan wang ringgit
Idea 1
-Mematuhi undang-undang jalan raya
Idea 2
-Menggunakan kemudahan yang disediakan – jejantas/garisan belang
Idea 3
-Bertimbang rasa –sabar memandu di jalan raya
Idea 4
-Pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik- memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
Penutup
-Ingatlah orang tersayang-berhati-hati di jalan raya.

Ramalan 25
Cara menghormati ibu bapa
Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.
Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan demi kebaikan kita sendiri.
Di samping itu, belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.
Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.
Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.

Ramalan UPSR 2017 Contoh Karangan

Ramalan 1 Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya. Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli. Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Ramalan 2 Kepentingan Sukan kepada Murid

Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid. Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik. Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mapu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar. Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya denganm menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara. Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.

Ramalan 3 Kepentingan Makanan Seimbang

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Ramalan 4 Faedah Berjimat-cermat

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita. Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Ramalan 5 Membaca Jambatan Ilmu

Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan sesuatu masyarakat. Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi. Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata-mata tetapi juga patut dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menimba dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan global. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak berdaya tahan sekiranya ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan mutakhir. Sebaliknya, masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu akan bergantung harap kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia. Buktinya kita dapat melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negara masing-masing kepada negara lain yang lebih maju dan dominan dalam bidang keilmuan dan kepakaran. Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari. Amalan murni ini secara langsung akan melahirkan modal insan dan masyarakat Malaysia yang berilmu, berwawasan dan bertamadun tinggi.

Ramalan 6 Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam kehidupan setiap insan kerana kesihatan kita diibaratkan anugerah Tuhan yang sangat berharga.
Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam. Misalnya, kita mestilah ke taman rekreasi untuk bersenam. Ini akan mengelakkan diri kita daripada penyakit yang berbahaya. Bersenam juga dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan otak kita. Jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan melalui bersenam.
Selain itu, kita haruslah makan makanan yang seimbang bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Amsalnya, kita mestilah makan mengikut piramid makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak boleh kurang atau lebih daripada piramid makanan. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada masalah obesiti yang mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kita haruslah makan makanan bagi mempratikkan amalan gaya hidup sihat.
Selanjutnya,dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat mengelakkan diri kita daripada banyak penyakit. Contohnya, penyakit seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, obesiti, dan sebagainya. Penyakit seperti ini tidak boleh diubati dengan senang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Tambahan pula, jika amalan gaya hidup sihat tidak dipratikkan kita akan mengalami ketegangan. Misalnya, kita akan mula berasa takut atau cemas mengingatkan kos perubatan yang perlu ditanggung. Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat tidak diamalkan tentulah banyak kesan buruk akan kita hadapi.
Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen- kempen dan program- program untuk memberitahu peri pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentinya kesihatan mereka. Kerajaan juga hrus menyediakan peralatan senaman dan jug ataman rekreasi di setiap taman supaya rakyat dapat berekreasi. Tambahan pula, kerajaan harus membina banyak pusat sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas.
Intihanya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat kerana kesihatan amat vital berbanding dengan benda- benda lain.

Ramalan 7 Cara-cara mengisi masa lapang

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Ramalan 8 Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita. Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat. Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

ISI RINGKAS KARANGAN RAMALAN UPSR 2017

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
1. Suasana yang kondusif - selesa – tenang – tidak terlalu formal
2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain - pelbagai idea dapat dikongsi – suasana pembelajaran lebih menarik.
3. Memupuk semangat bekerjasama
4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG
1. Dapat memupuk semangat kerjasama
2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.
4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi
5. Mengisi masa lapang
6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

CARA MENJADI MURID CEMERLANG
1. Rajin berusaha – tidak mudah putus asa
2. Menghormati orang yang lebih tua – mendapat keberkatan
3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum
4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
5. Berdisiplin – menepati jadual yang disediakan.
6. Bercita-cita tinggi – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan
2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan keadaan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.
4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial

CARA MENGISI MASA LAPANG
1. Membaca bahan bacaan – surat khabar – buku – majalah –untuk menambah pengetahuan
2. Bersukan – beriadah – menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah – mengumpul setem
4. Melayari internet – mencari maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah – bergotong-royong – meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih

CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA
1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
2. Belajar bersungguh-sungguh – memenuhi harapan
3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua
4. Sentiasa berakhlak mulia – patuh/taat
5. Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap – beradap
6. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan pokok – alam sekitar terpelihara
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar

CARA MENJAGA KESIHATAN
1. Mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan
2. Bersenam – mengeluarkan peluh
3. Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari
4. Mendapatkan rehat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak – memulih tenaga
5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan – dua kali setahun – mengetahui status kesihatan
6. Tidak merokok

KEPENTINGAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan tahap disiplin – menyertai pasukan badan beruniform – kawad kaki – patuh pada arahan ketua
2. Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh
3. Menggalakkan perpaduan antara kaum – mengeratkan hubungan sesama murid
4. Menambah pengetahun dan pengalaman – berkhemah – ikatan
5. Mengisi masa lapang – terhindar daripada gejala negatif

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI
1. Memudahkan urusan manusia
2. Menjimatkan kos
3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Menambah pengalaman baru – suasana lawatan
2. Mengeratkan hubungan sesama rakan – guru – keluarga
3. Menambah ilmu pengetahuan – meluaskan pengetahuan sedia ada
4. Mengisi masa terluang
5. Memudahkan proses pembelajaran – suasana lebih selesa dan menarik

CARA BERJIMAT CERMAT
1. Membuat senarai semak perbelanjaan – sebagai panduan ketika berbelanja
2. Menabung – dapat digunakan ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak – tidak membazir
4. Bersikap sederhana – membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan kualiti berbanding jenama.

Ramalan UPSR 2017 Karangan

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa
*Mendengar nasihat ibu bapa
*Bercakap dengan sopan
*Menjaga tingkah laku

Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada anak-anak. Mereka telah mengasuh dan mendidik anak-anak “bagai menatang minyak yang penuh”. Oleh itu, anak-anak perlu membalas jasa dengan menghormati mereka.
Antara langkah untuk menghormati ibu bapa termasuklah anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa pada setiap masa. Hal ini dikatakan demikian kerana nasihat ibu bapa sangat berguna untuk masa hadapan yang cerah. Nasihat ibu bapa juga dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam aktiviti negatif.
Selain itu, anak-anak perlu bercakap dengan sopan semasa berkomunikasi dengan ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh setiap anak wajar menjaga perasaan ibu bapa yang membesarkan mereka daripada alam buaian hingga dewasa. Hati ibu bapa juga sangat mudah tergores apabila anak-anak bercakap kasar kepada mereka.
Bukan itu sahaja, anak-anak mestilah menjaga tingkah laku mereka seperti tidak berkasar dengan orang lain dan sentiasa berpakaian sopan. Tindakan ini juga sangat penting supaya maruah keluarga tidak akan tercalar. Pada masa yang sama, ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap anak-anak yang berakhlak mulia.
Konklusinya, anak-anak perlu sentiasa berbuat baik tehadap ibu bapa agar hidup sentiasa dirahmati oleh Tuhan.

KARANGAN BERFORMAT : LAPORAN

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SJK Keat Hwa

Pada 5 September 2017 yang lalu, SJK Keat Hwa, Alor Setar telah menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-60. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah. Seluruh murid telah terlibat untuk menjayakan majlis kali ini.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya, Tuan Guru Besar, Encik Henry telah membacakan perutusan Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan sambutan kemerdekaan kali ke-60 seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan video ringkas tentang dokumentari perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Leftenan Adnan dan Tunku Abdul Rahman. Semua murid kelihatan terpegun apabila menonton video dokumentari itu kerana melihat penderitaan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka. Selain itu, majlis pada hari ini diserikan lagi dengan pengucapan puisi patriotik oleh saudari Mary yang penuh bersemangat. Semua murid memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

Majlis pada hari ini berakhir dengan nyanyian lagu patriotik berjudul Tanah Pusaka. Para hadirin kelihatan bersemangat ketika menyanyikannya. Majlis pada hari ini juga tamat pada jam 10.00 pagi. Selepas bersurai, murid-murid masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pemelajaran seperti biasa. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh 7 September 2017

(Low Ban Heng)
Setiausaha Pengawas
SJK Keat Hwa,
Alor Setar.


KARANGAN JENIS CERITA : Habiskan cerita.
Habiskan cerita anda dengan ayat berikut.

.....Aku memohon maaf kepada Guru Besar sekolahku dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Aku merupakan murid tahun 6 Emas di Sekolah Kebangsaan Keat Hwa, Alor Setar. Rakan-rakan menggelarkanku sebagai Kingsley. Mereka menggelarkan aku begitu kerana aku terkenal dengan sikap suka membuli murid yang lebih lemah. Aku hebat membuli tetapi aku lemah dalam semua mata pelajaran.

Pada suatu pagi, aku cuba membuli murid darjah tiga. Aku memintanya wang sebanyak RM5.00. Dia memberikan wang itu tanpa banyak bicara. Aku sangka, akulah yang hebat ketika itu. Aku memperoleh wang dengan mudah. Namun begitu, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Murid itu telah melaporkan perkara itu kepada guru disiplin. Aku telah dirotan di hadapan rakan-rakanku.

Aku berasa sangat malu. Air mukaku telah jatuh. Hatiku sarat dengan dendam kesumat. Aku mengambil keputusan untuk memancitkan tayar guru disiplin itu. Keesokan harinya, aku sudah bersedia dengan paku. Akalku sudah tidak boleh berfikiran waras. Aku nekad, aku akan membocorkan tayar keretanya. Sedang aku asyik melakukan kerja terkutuk itu, aku telah ditangkap oleh pengawas. Aku dibawa menghadap Guru Besar.

Ketika aku melangkah ke bilik Guru Besar, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaanku. Kaki menggeletar. Aku berfikir yang bukan-bukan. Aku berasa bimbang. Aku pasti Guru Besar pasti akan menghubungi ibu bapaku. Pada masa yang sama, sudah tentu aku akan digantung sekolah. Tambahan pula, UPSR akan berlangsung sebulan sahaja lagi.

Guru Besar mempelawaku duduk. Suaranya sangat lembut. Dia hanya tersenyum melihatku yang pucat. Wajahku ibarat ayam berak kapur. Beliau berdiri di sisiku dan mengusap rambutku. Kemudian, dia menegur kesalahanku. Dia menasihatiku dengan bahasa yang menyentuh jiwaku. Aku menangis teresak-esak. Aku memohon maaf kepada Guru Besar sekolahku dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah. Sebagai contoh, unit beruniform, kelab sukan dan permainan. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah membawa manfaat yang banyak kepada setiap murid.

Antara faedah menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah murid-murid akan dapat belajar bekerjasama dengan murid-murid yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap aktiviti dalam kokurikulum memerlukan kerjasama seperti memasang khemah dan kawad kaki. Murid-murid juga akan belajar mendengar arahan ketua unit dan bekerjasama dengan ahli lain bagai “aur dengan tebing”.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa. Hal ini disebabkan oleh murid-murid akan dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan yang berbilang bangsa ketika waktu kokurikulum. Sebagai contoh, program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan dapat mengukuhkan perpaduan sejak bangku sekolah ibarat peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menyihatkan tubuh murid-murid dari segi fizikal dan mental. Ketika aktiviti kokurikulum, murid-murid akan menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam yang dapat membakar lemak. Murid-murid tidak akan mudah menghidap obesiti atau penyakit kronik yang lain. Pada masa yang sama, minda juga menjadi cerdas.

Konklusinya, aktiviti kokurikulum seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah sangat bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan murid-murid agar aktif dalam kokurikulum untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

KARANGAN BERFORMAT : BERITA

Alor Setar, Jumaat-Sekolah Jenis Kebangsaan Keat Hwa telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid. Di samping itu, sambutan ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar; Encik Henry. Dalam perutusan sambutan bulan kemerdekaan tersebut, beliau telah mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan. Persembahan pada hari itu disempurnakan oleh saudara Shahid dan Shivaneswaran dengan penuh semangat.

Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan termasuklah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran sejarah kemerdekaan seperti perjuangan Leftenan Adnan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.

Ketika acara penutup pada 16 September, Tuan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan ialah trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid telah melaungkan kalimah keramat “Merdeka” sebanyak 7 kali dengan penuh bersemangat.

Diharapkan melalui program sebegini, semangat cinta akan negara sentiasa subur dan berkekalan dalam sanubari setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.

KARANGAN: PERSEDIAAN ANDA UNTUK MENGHADAPI KEJOHANAN OLAHRAGA
o Saya akan membuat latihan intensif pada setiap hari.
o Saya akan makan makanan yang sihat dan seimbang.
o Saya akan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Sekolah saya akan menganjurkan sukan tahunan pada bulan Jun yang akan datang. Hati saya semakin teruja apabila saya turut dipilih untuk mewakili Rumah Hang Tuah dalam beberapa acara balapan seperti lari 100 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu saya lakukan untuk menhadapi hari kejohanan.

Antara persediaan yang akan saya lakukan termasuklah membuat latihan intensif pada setiap hari untuk menguatkan stamina. Pada masa yang sama, saya dapat membiasakan diri dengan situasi pertandingan seperti peribahasa “alah bisa tegal biasa”. Ketika latihan, saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mendengar arahan daripada jurulatih. Latihan yang saya lakukan merangkumi joging, bangkit tubi dan tekan tubi.

Selain itu, saya juga perlu makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Hal ini disebabkan oleh makanan yang seimbang dapat membekalkan tenaga malah memastikan berat badan saya sentiasa ideal. Oleh hal yang demikian, saya akan sentiasa makan banyak sayur dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang seimbang juga dapat mengelakkan masalah pertambahan berat badan yang akan menjejaskan prestasi saya ketika hari kejohanan.

Di samping itu, saya juga akan memastikan agar saya mendapat rehat yang secukupnya. Hal ini dikatakan demikian kerana fizikal seseorang memerlukan rehat setelah seharian bekerja keras. Rehat yang cukup dapat mengelakkan kecederaan seperti kejang otot dan lenguh-lenguh sendi. Bukan itu sahaja, saya akan dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran agar tidak menjadi seperti peribahasa “yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran”.

Konklusinya, saya perlu melaksanakan usaha yang banyak untuk menjadi atlet cemerlang untuk rumah sukan dan sekolah. Oleh itu, saya perlu gigih berusaha dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk menjadi salah seorang olahragawan sekolah seperti peribahasa “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

CARA-CARA MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MURID
o Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
o Pihak sekolah hendaklah menganjurkan kempen membaca.
o Ibu bapa perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah.


Ramalan Ulasan UPSR 2017 dan Jawapan





Ramalan Ulasan UPSR 2017



Ramalan UPSR 2017 BM Penulisan



Time Table 2018 Sir Henry Consultant Learning Centre for all subjects


Time Table 2018 Sir Henry



Jadual Waktu 2018 at Pusat Tuisyen Global Minda, Jitra bagi semua darjah & tingkatan serta semua subjek


Time Table 2018 Sir Henry at Butterworth