I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 22, 2012

Perbandingan dengan Sistem Pernafasan Haiwan

ORGAN PERNAFASAN IKAN
Organ pernafaan ikan adalah insang. Ikan bertulang seperti ikan belaga mempunyai 4 pasang insang yang terletak di kedua-dua belah kepalanya. Insang ini dilindungi oleh operkulum.
Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang yang bertulang, sebaris sisir insang dan dua baris filamen insang yang lembut. Sisir insang mencegah sebarang objek keras daripada memasuki insang dan merosakkan filamen insang. Setiap filamen insang dibekalkan dengan banyak kapilari darah. Filamen insang memberikan satu ruang permukaan yang besar untuk pertukaran gas.
ORGAN PERNAFASAN AMFIBIA ( KATAK )
Haiwan amfibia ( seperti katak ) yang hidup di dalam air dan juga darat, mempunyai sistem pernafasan yang istimewa dan lebih kompleks dari protozoa, ikan dan insekta. Sistem pernafasannya membabitkan tiga bahagian badan iaitu kulit, rongga mulut dan peparu.
Kulit lembap katak dan dinding rongga mulutnya merupakan organ pernafasan semasa katak berada dalam air dan juga di darat. Ia mempunyai bekalan kapilari yang banyak supaya pertukaran gas antara darah dengan air di sekelilingnya berlaku dengan cepat.
Peparu katak ialah organ yang khusus untuk pernafasan di darat. Ia tidaklah secekap peparu manusia yang lebih besar dan berkesan.
ORGAN PERNAFASAN PROTOZOA
Rajah ; SISTEM PERNAFASAN IKAN
Rajah ; KATAK
Protozoa menggunakan membran sel sebagai permukaan untuk pertukaran gas dalam air.
Membran selnya nipis dan membalut seluruh permukaan badan haiwan ini.
Nisbah jumlah luas permukaan per isipadunya yang besar memudahkan pertukaran gas secara resapan ringkas berlaku.
Rajah ; PROTOZOA

No comments:

Post a Comment