I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 16, 2011

Ramalan Sejarah Trial & Real SPM 2011-by Important Topic


Nasionalisme di Asia Tenggara

a) Berikan tiga ciri gerakan nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara?
F1 Isu kebudayaan
F2 Agama
F3 Hak peribumi
F4 Penentangan terbuka
F5 Bercorak setempat
F6 Tidak berorganisasi
F7 Dipimpin oleh golongan pertengahan
F8 Kesedaran politik ( 2 M)
b) Berikan Dua ciri gerakan nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara?
F1 Radikal
F2 Berorganisasi
F3 Berpendidikan barat
F4 Matlamat jelas
F5 Menuntut kemerdekaan
( 2 M )
c) Namakan Dua pertubuhan gerakan nasionaisme tahap Pertama?
F1 Gerakan Dakyah
F2 Muhammadiyah
F3 Persatuan Belia Buddha
F4 Gerakan Islah
( 2 Markah )
d) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalismedi Asia Tenggara yang lain?
F1 Tidak dijajah oleh kuasa barat
F2 Mendapatkan kuasa rakyat
F3 Hapuskan kuasa mutlak raja
( 2 M)
d. Pada pandangan anda, bagaimanakah generasi hari ini dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita?
F1 mewujudkan perpaduan kaum
F2 Sanggup berkorbn untuk Negara
F3 taat setia kepada raja dan Negara
F4 Mematuhi arahan pemerintah
F5 menguasai ilmu pengetahuan
F6 penguasaan bidang sains dan teknologi
F7 Berfikiran positif dalam semua pekara
F8 Berfikir secara rasional


Tamadun Awal Asia Tenggara

a)  Apakah maklumat yang terdapat pada batu bersurat ditapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara?
F1 Agama Hindu Buddha
F2 Pemerintahan
F3 Raja
F4 Undang-Undang
F5 Keagungan kerajaan
F6 Salasilah raja
F7 Amaran kepada yg menderhaka kepada raja
( 3 M )
b)  Berikan Tiga contoh Bahasa sangskrit yang telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu?
F1 Dosa
F2 Dukha
F3 Deva
F4 Manusa
F5 Rupa
F6 Samsara
F7 Phala ( 3 M )
c)  Nyatakan Dua puisi dan prosa jawa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sangskrit?
F1 Negarakertagama
F2 Sutosoma
F3 Arjunawiwaha
F4 Kunjakarna
d. Pada pandangan anda, apakahkepentingan tulisan Sanskrit kepada 
penduduk tamadun awal?

F1 Bahasa sarjana
F2 Mencatatkan keagungan kerajaan
F3 bahasa Komunikasi masyarakat kerajaan awal
F4 mempengaruhi hasil karya tempatan
F5 Bahasa Agama masyarakat lampau
F6 mempengaruhi sastera jawa kuno
F7 Diserapkan ke dalam Bahasa Melayu
F8 Penggunaan dalam bahasa ilmu


Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

a) Berikan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat  Temenggung? ( 8 M )
F1 Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong.
H1a Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan pemerintahannya di Palembang.
F2 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdadapat di Negeri Sembilan.
H2a Dalam adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa
F3 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan disemua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan.
H3a manakala Adat Temenggung di amalkan di Negeri Sembilan sahaja
F4 Adat Perpatih adalah bersifatmatrilinear yang mengutamakan jurai keturunan ibu.
H4a Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
F5 Mengikut adat Perpatih, Ahli dalam setiap Suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.
H5a Manakala dalam adat Temenggung individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak melanggar hukum islam.
F6 Jurai keturunan adat perpatihmemberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.
H6a Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang bertetapatan dengan faraid Islam.
 b) Jelaskan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam undang- undang bertulis yang di amalkan semasa Zaman Kesultanan Melayu  Melaka? ( 8 M )
F1 Tanggungjawab raja
F2 dan pembesar
F3 Pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah
F5 Undang-Undang keluarga
F6 Permasalahan ibadah
F7 Jenis-jenis hukuman terhadap Kesalahan
F8 Hal-hal yang berkaitan perdagangan
F9 dan maritim
F10 Tugas-tugas nahkoda
F11 yang diumpamakan sebagai imam
F12 dan anak buah kapal dianggap sebagai makmun.
c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pelaksanaan undang-undang di sesebuah Negara? ( 4 M )
F1 Untuk mengawal segala tingkahlaku manusia
F2 Mengatasi sebarang permasalahan yang akan berlaku
F3 Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
F4 Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tida kira apa keadaan
F5 Membendung tindakan liar manusia
F6 mewujudkan masyarakat yang tersusun
F7 menghukum pesalah yang melakukan kesalahan



Faktor kemunculan Melaka

a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara? ( 8 M )
F1 Strategik - Melaka adalah terletak di kedudukan yang strategik
H1a Ia terletak di tengah jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya
H1b tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.
F2 Melaka juga telah menyedikan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur  agar
H2a segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
H2b Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan Jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
H2b Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka.
H2c Di dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan  seumpamanya.
F3 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertutukan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya.
F4 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.
F5 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.
b) Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.
F2 Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan
H2a dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.
F3 Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, cukai telah dibayar terhadap barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.
F4 Cukai tetap( cukai import ) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.
F5 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa.
F7 Pedagang dari Jepun, dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
H7a Barang makanan seperti beras adalah tidak dikenakan cukai.
F8 Tedapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing yang datangdari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka sebanyak tiga peratus
F9 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus.
F10 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka
F11 Pengaruh islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.
F12 Di dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat penegasan berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba, begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.
F13 Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan kaya supaya membayar zakat harta untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.
F14 Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai suber bantuan kepada ahli masyarakat
( 8 M )
c) Berikan Empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya dapat
mempertingkatkan ekonomi Negara? ( 4 M )
F1 Memanfaatkan setiap peluang yang ada
F2 Berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mudah berputus asa
F3 mempelbagaikan kegiatan ekonomi
F4 menceburi bidang perdagangan ke peringkat antarabangsa
F5 Generasi hari ini harus giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan kekayaan Negara
F6 Sama-sama berganding bahu dalam memperingkatkan ekonomi Negara
F7 Berani menceburi bidang-bidang baru yang masih belum diterokai

No comments:

Post a Comment