PERDAGANGAN KERTAS 2
(3755/2)
BAHAGIAN A
SOALAN 1
1. Huraikan jenis-jenis nilai faedah 
2. Jelaskan cabang-cabang pengeluaran
3. Terangkan jenis-jenis pengkhususan
SOALAN 2
1. Terangkan faktor pemilihan saluran agihan 
2. Nyatakan faedah yang diperoleh pengguna melalui kegiatan import
3. Nyatakan perbezaan antara perniagaan borong dengan perniagaan runcit
SOALAN 3
1. Nyatakan kepentingan IKS kepada masyarakat 
2. Terangkan cara pengurusan pelanggan yang berkesan
3. Hitungkan - jumlah dividen tunai, jumlah rezab dan jumlah rebat
SOALAN 4
1. Jelaskan peranan syarikat kewangan dalam dunia perniagaan 
2. Nyatakan keadaan di mana cek menjadi tak laku
3. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika penyuruh bayar mengeluarkan tiga cek tak laku sepanjang tempoh tertentu
SOALAN 5
1. Terangkan tiga prinsip insurans 
2. Mengapakah peniaga lebih suka menggunakan pengangkutan jalan raya dalam menguruskan perniagaan
3. Bagaimanakah syarikat kurier dapat melicinkan urus niaga dalam negeri atau antrabangsa
4. Jelaskan hak pengguna
5. Di manakah individu boleh mendapatkan bantuan dalam menuntut haknya
BAHAGIAN B
KAJIAN KES
1. Jelaaskan bantuan agensi kerajaaan dalam membantu perniagaan 
2. Terangkan pelbagai saluran eksport yang boleh digunakan peniaga dalam usaha menembusi pasaran luar Negara
3. Terangkan strategi campuran pemasaran
4. Mengapa peniaga memilih kapal kontena untuk mengeksport perabot ke luar Negara
JAWAPAN SOALAN RAMALAN SPM
PERDAGANGAN 2010
SOALAN 1
1. Jenis-jenis nilai faedah 
a. Nilai faedah tempat
 Memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan
 Dari kilang papan ke kilang perabot
b. Nilai faedah milikan
 Pertukaran milik daripada satu pihak kepada pihak lain
 Contoh daripada pengusaha kilang papan kepada pengusaha kilang perabot
c. Nilai faedah bentuk
 Mengubah bentuk sesuatu keluaran kepada yang lebih berguna
 Contoh – kayu diubah menjadi rak buku
d. Nilai faedah masa
 Menyimpan barang sehingga ia diperlukan
 Contoh – padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk permintaan luar musim
2. Cabang-cabang pengeluaran – perusahaan, khidmat langsung, perdagangan
Perusahaan
 Industri ekstraktif
Mengeluarkan bahan mentah dari alam semula jadi
Contoh – perlombongan
 Industri perkilangan
Aktiviti memproses dan menukar bahan mentah menjadi barang separa siap dan barang siap
Contoh – kayu menjadi papan/perabot
3. Jenis-jenis pengkhususan
Pengkhususan mengikut profesion
 Perbezaan kebolehan dan kemahiran
 Contoh – profesion sebagai jurutera
Pengkhususan mengikut kawasan
 Perbezaan sumber alam iaitu iklim, bentuk muka bumi dan hasil galian
 Contoh – petroleum di Terengganu
Pengkhususan mengikut proses
 Pembahagian kerja mengikut proses
 Contoh – pemasangan pintu kereta di kilang kereta
Pengkhususan antarabangsa
 Perbezaan teknologi, iklim dan faktor geografi
 Contoh – kelapa sawit di Malaysia
SOALAN 2
1. Faktor pemilihan saluran agihan
Jenis barang
1. Barang cepat rosak perlu agihan segera
Sasaran pasaran barang
2. Kenal pasti bakal pengguna
Liputan pasaran barang
3. Jika luas, perkhidmatan orang tengah yang ramai diperlukan
Keupayaan pengeluar
4. Jika modal besar, sediakan saluran agihan sendiri
Kos pengangkutan
5. Pengangkutan sendiri kosnya tinggi, lebih sesuai menggunakan pemborong dalam saluran agihannya
2. Faedah yang dinikmati oleh pengguna melalui kegiatan import,
Dapat menikmati pelbagai jenis barang
6. Boleh menikmati barang yang tidak dikeluarkan di dalam Negara
Boleh mendapat barangan yang lebih bermutu
7. Boleh menjimatkan kos kerana harga lebih murah
Boleh meningkatkan taraf hidup pengguna
8. Pengguna boleh mengguna barangan yang terkini/alatan moden
Mendapat pelbagai pilihan barang
9. Terdapat pelbagai jenis barang dan jenama barang
Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
10. Dapat meningkatkan prestasi pendidikan kepada pengguna
3. Perbezaan Perniagaan Borong Dengan Perniagaan Runcit
Perniagaan Borong
1. Orang tengah antara pengeluar dan peruncit
2. Membeli barang secara pukal daripada pengeluar
3. Modal besar kerana menyediakan gudang/pengangkutan/bayaran tunai kepada pengeluar/memberi kredit kepada peruncit
4. Menyediakan pergudangan untuk menyimpan barang
Perniagaan Runcit
1. Orang tengah antara pemborong dan pengguna akhir
2. Membeli barang dalam kuantiti kecil daripada pemborong
3. Modal kecil kerana beri kredit kepada pelanggan tetap sahaja
4. Menyediakan peragaan tingkap untuk menarik perhatian pengguna
SOALAN 3
1. Kepentingan IKS kepada masyarakat
Peluang menceburi bidang perusahaan
 Boleh memperoleh kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tertentu
Peluang menggunakan kebolehan/daya cita/kreativiti individu
 Berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan bidang perniagaan
Mewujudkan peluang pekerjaan
 Mengurangkan kadar pengangguran
Mematuhi keperluan dan kehendeak masyarakat
 Mencipta keluaran baru/memperbaiki keluaran sedia ada
2. Cara pengurusan pelanggan yang berkesan
Pandai menarik pelanggan dating ke kedainya
 Memahami sifat pelanggan
 Pelanggan rasional/keterangan
 Pelanggan mengikut gerak hati
Mengenal pasti jenis-jenis pelanggan
 cuba mengekalkan pelanggan tetap
 Jadikan pelanggan sekali sekala sebagai pelanggan tetap
 Menarik lebih ramai pelanggan baru
Melayan dengan cara
 Muka manis/memberi ucapan selamat/hubungan mesra
 Perwatakan diri yang kemas/bersih
 Jangan ganggu pelanggan
 Perkhidmatan lepas jualan
3. Lihat contoh dan fahami pengiraan dividen, rizab dan jumlah rebat dalam
buku teks tingkatan 4 ms 213 hingga 216
SOALAN 4
1. Peranan syarikat kewangan
Menerima simpanan
 terdapat dua jenis simpanan iaitu akaun simpanan atau simpanan tetap
Pembiayaan
 menawarkan pinjaman
Mengendalikan urus niaga sewa beli
 pembelian kenderaan/jentera
Perkhidmatan lain
 kad kredit/unit amanah/perbankan Islam
2. Keadaan yang menyebabkan cek menjadi tak laku
 cek terkoyak atau terconteng
 penyuruh bayar mengarahkan bank menghentikan pembayaran kepada penerima cek
 jumlah dalam angka dan perkataan berbeza
 tiada tandatangan penyuruh bayar
 tandatangan penyuruh bayar salah/berbeza dengan kad tandatangan contoh di bank
 terdapat perubahan pada cek
 terdapat kesilapan/butiran cek tidak lengkap
 penyuruh bayar menutup akaun
3. Tindakan yang akan diambil ke atas penyuruh bayar yang mengeluarkan cek tak laku tiga kali
 Akaunnya akan ditutup
 Tidak boleh membuka akaun semasa di mana-mana bank perdagangan dalam tempoh enam bulan
SOALAN 5
1. Lima prinsip insurans
Penuh percaya mutlak
 insured memberi maklumat palsu/sepatutnya insured memberi keterangan yang benar
 untuk mengelak penipuan
 polisi tidak sah/dibatalkan
Subrogasi
 mengalihkan hak daripada insured untuk menuntut daripada pihak ketiga
 contoh, RM 4000 telah berpindah hak kepada insurer
Kepentingan boleh insurans
 insured mestilah mempunyai kepentingan ke atas harta yang diinsuranskan
 insured akan mengalami kerugian jika harta yang diinsuranskan itu musnah
 tujuan untuk mengelakkan pihak lain mengamil kesempatan ke atas harta orang lain
Sumbangan
 jika asset diinsuranskan dengan beberapa insurer, jika risiko berlaku, bayaran ganti rugi akan ditanggung bersama
 tidak memberi keuntungan kepada insurer
2. Peniaga lebih suka menggunakan pengangkutan jalan raya kerana
Serahan barang dari pintu ke pintu
 dapat mengurangkan risiko kehilangan/kerosakan
 dapat menjimatkan kos upah pemunggahan
Sesuai untuk perjalanan jarak dekat
 murah, cepat
Mudah didapati/digunakan
 jalan raya ada di mana-mana
 terdapat pelbagai jenis kenderaan
Fleksibel dari segi arah
 jadual tidak tetap
 barang dapat sampai tepat pada masanya
2. Syarikat kurier dapat membantu dengan cara
Menghantar mel dan kargo dengan cepat
 serahan dari pintu ke pintu
 dalam masa 24 jam ( dalam negeri )
Menguruskan penghantaran barang barang dengan cekap
 prosedur kastam/menempah ruang/urusan dokumen kiriman
Keselamatan terjamin
 pengiriman direkodkan/kendali dengan cekap
 ganti rugi akan dibayar jika barang rosak/hilang
3. Hak pengguna
Hak mendapat ganti rugi
 individu berhak mendapat ganti rugi sama ada dalam bentuk barang/wang tunai
Melalui Tribunal Tuntutan Pengguna
 prosedurnya mudah/ringkas/cepat
 tidak perlu membayar kos peguam/jimat kos
 sesuai untuk tuntutan kecil
BAHAGIAN B
(Kajian kes)
1. Bantuan agensi kerajaan
 mempromosikan/memasarkan produk
 menganjurkan pameran perdagangan
 menjalankan penyelidikan pasaran
 membekalkan maklumat produk ke pasaran
 mengadakan bengkel/seminar
2. Pelbagai jenis saluran eksport yang boleh digunakan
Eksport secara langsung
 berhubung dengan pengimport melalui telefon, faks dan internet
Membuka pejabat cawangan
 boleh memberi maklumat secara langsung dengan pengimport/pelanggan
Melantik ejen eksport
 mempromosikan perabot/ganjaran komisen
Menggunakan saudagar eksport
 membeli daripada pengeksport dan menjual ke Negara luar
Kaedah lain
 melantik wakil pengembara
 membuat pameran dagangan antarabangsa
 menyertai rombongan dagangan
3. Strategi campuran pemasaran
Produk
 boleh memuaskan keperluan dan kehendak
 mesti memiliki kualiti yang tinggi
 jaminan terhadap kegunaan keluaran
 khidmat selepas jualan
Harga
 realistik/berpatutan
 dapat bersaing dengan pengeluar lain
 dapat menutup kos
Promosi
 melalui pengiklanan/internet/promosi jualan
 mengambil bahagian dalam ekspo dan pameran
Agihan
 sampai tapat pada masa, tempat dan harga yang dikehendaki pengguna
4. Mengapa peniaga memilih kontena untuk mengeksport perabot
Perabot lebih selamat
 terhindar daripada risiko kecurian dan kerosakan
 kontea kukuh, dikunci atau dipateri
Menjimatkan masa dan tenaga
 barang boleh diangkut sekali gus
Boleh disusun dengan teratur
 menjimatkan ruang
Menjimatkan bayaran cukai pelabuhan
 kerja pemunggahan cepat/kapal tak perlu menunggu lama
No comments:
Post a Comment